saya seorang kakak

Ateh....
hari ini ringan tulang nak menaip pasal adik.. masing-masing dah meningkat dewasa sorang dah nak graduate dah, sorang pulak dah nak hbis spm dah. disebabkan saya seorang kakak, saya tak nak adik-adik alami apa yang saya alami. sebab saya seorang kakak saya tak nak adik saya buat kesilapan apa yg saya buat. sebab saya seorang kakak saya faham mcm mana rasanya jadi remaja, saya cuba faham keadaan sebelum menghukum kerana saya juga pernah berada di tempat dia org, sebab saya syg dia org saya akan sentiasa bersama dia org kerana saya tuhu mcm mana sakit apabila , perasaan kita apabila gagal, apabila dipulau kawan kerana kita tak sama dng dia org, apabila menangis ketika merasakan tiada siapa disisi, apabila kita dikianati, apabila kita kehilangan org yg kita syg.. percayalah adik ateh.. macam mana susah hidup kita, bertapa sukar laluan kita akan ada ganjaran disebalik air mata akan ada hikmah disebalik dugaan, biar berliku mana jalan yg Asha dan adik lalui, ateh akan ada belakang utk menyokong kamu berdua. Jangan pernah berputus asa kerana Allah S.W.T sentiasa ada bersama kita.. Taniah Shamiza AzMi sebab dah hbis belajar lepas ni blh tanggung ateh belajar pulak, buat adik Fadli Azmi buat yg terbaik utk spm ni.
#bilaatehmenaip
#sebablamatakupdateblog

Comments

Popular Posts