novel pendek: lara seorang wanita part 1 n 2

LARA SEORANG WANITA…..
BAB 1
Aku termenung sambil mendengar lagu penyanyi korea kegemaran aku. Angin yang bertiup melalui tingkap membuat aku teringat kenangan lalu. Mempunyai keluarga yang bahagia dan hidup penuh dengan kesyukuran terhadap Nya. Ummi yang sentiasa memahami baba yang sentiasa menyayangi dan kakak dan adik yang cukup menyayangi antara satu sama lain. Tapi itu semua dulu setelah aku meninggalkan rumah kesayangan ku. ‘Risya Amani! apa yang kau menungkan tu’? aku tersedar dengan sapaan rakan karib ku .’ tak ada apa-apa lah, kau tak kerja ke hari ini’?  Tak! Jawab Maisara kawan karib ku yang telah bersama sejak di universiti lagi. Sejak mendapat tawaran daripada universiti aku tak lagi berjumpa dengan keluarga Maisara lah tempat aku mengadu semua masalah aku dia juga seperti aku tidak mempunyai keluarga kerana kesilapan lalu yang telah dilakukannya.
            Bekerja sebagai guru banyak halangannya. Setelah penat seharian aku pulang ke rumah . aku sudah terbiasa terperuk di rumah selain tempat kerja aku tak akan ke mana-mana. Siap memeriksa kertas ujian anak murid ku aku keluar ke pasar untuk membeli barang dapur. Banyak barang yang berkurang di rumah di sebab Mai terpaksa pulang lewat malam kerana dia bekerja sebagai wartawan. Aku pergi pasar berhampiran dengan rumah ,tengah asyik aku memilih barang aku terdengar suara budak memanggil aku. ‘cikgu Amani! Cikgu Amani!’ Aku berpaling rupanya anak murid ku di sekolah. ‘Ayuni buat apa dekat sini? Cikgu ,Ayuni teman papa beli barang. Mama Ayuni tak datang ? Aku melihat ayahya kacak dan segak.’maaf cikgu anak saya mengganggu cikgu’. Takpe saya kisah,. Saya Amirul bapa Ayuni, aku melihat di sekitar tak Nampak pula ibu Ayuni. ‘Emmm, kalau cikgu tak kisah boleh saya belanja makan?Saya nak cerita sesuatu pada cikgu tentang Ayuni’. ‘saya tak boleh lama dalam setengah jam boleh? Saya nak ke bank pula lepas ini’. Ok. ‘Sayang nak makan dekat mana ? Papa Yuni nak makan dekat KFC. Ok kita makan dekat situ tapi cikgu tak kisah ke? Saya ikut je.
            ‘Ayuni sebenarnya baru kehilangan ibu dan ayah. Saya ini Cuma bapa saudaranya baru balik dari London. Mereka meninggal dunia kerana kemalangan Ayuni macan patung bernyawa selepas ibu dan ayahnya meninggal dunia tetapi selepas saya pulang dia mula menganggap saya sebagai bapanya kerana muka kami seiras dia mula ketawa,saya betul-betul kecewa dan tak sanggup biarkan Ayuni disakiti saya pinta jasa cikgu untuk menjaga Ayuni sebaiknya di sekolah saya takut dia tersisih atau bersedih’. Insyaalah Encik Amirul saya akan menjaga Ayuni ketika disekolah.
            Setelah pulang dari bank aku mula memasak kata Mai rakan dari kampungnya akan datang melawat. Pelbagai laut aku masakkan seperti kehendak Mai. Setelah memasak aku naik ke atas untuk solat. tepat jam pukul 8 malam Mai balik bersama rakannya. Aku tunggu di hadapan pintu untuk mempersilakan mereka masuk. Kata Mai semalam mereka ini baru je bernikah. ‘Silalah masuk itu yang aku kata kan pada sang isteri kerana suaminya datang lambat kerana ada kerja.  Siti Aisyah cantik nama tu secantik puan punya badan cuma dia tak bertudung .setelah makan kami pun berbual-berbual kosong Mai bukan main ceria dengan kehadiran Aisyah , tiba-tiba aku terdengar orang memberi salam jantung aku terus bergerak laju suaranya seperi aku kenal, sebuah suara yang sentiasa aku rindui. ‘Asssalaimualaikum’ lantas aku bergerak membuka pintu. Ya Allah Ridwan! Aku betul-betul terkejut tapi aku mendengar Aisyah memanggil abang adakah Ridwan ini suaminya? Betul sangkaan aku bahawa Ridwan ini suaminya. Lantas aku meminta diri untuk ke bilik dengan alasan tidak sihat. Ridwan juga kelihatan terkejut melihat aku. Aku masuk bilik dan menangis sepuas hati, aku tak sangka berjumpa semula dengannya. Aku terlelap sambil mengingat kenangan lalu.

            ‘Ummi betul ke Amani dah ada tunang? ‘Ye nak, Ridwan Hakimi namanya ’,tapi Amani kecil lagi. Sejak Amani tadika lagi Amani dah bertunang ini semua kerana baba berhutang nyawa dengan ayah Ridwan, Amani tak perlu risau sebab baba sentiasa buat yang terbaik untuk Amani. Sejak dari itU Ridwanlah cinta pertamaku dan kami amat menyanyangi antara satu sama lain walaupun masih kecil. Sejarah hidup ku teramat pahit sehingga aku sentiasa mimpi buruk  semua ni bermula apabila ujian UPSR , disebabkan Along tamat bergraduasi aku tidak boleh ikut kerana esok merupakan kertas terakhir aku. Akhirnya aku tinggal dengan nenek sebelah ayahku. Pada malam tu nenek aku terpaksa pulang ke rumah mak saudaraku kerana mak saudaraku sedang sakit. Malam tu merupakan malam yang tak mungkin aku lupa sehingga aku mati. ‘Ateh boleh picitkan Pak Su? Pak Su sakit kepalah aku bangun dan memicit kepalanya tapi dia mula bertindak luar jangkaan aku,dia merentap baju tidur aku, dia mula mencium aku aku menangis ketakutan meraung dan minta tolong tapi guruh di luar lebih kuat. YA Allah aku baru berusia 12 tahun semasa itu? kenapa dia melayan aku seperti binatang? Selama 3 hari nenek tiada dia melayan aku seperti hamba seksnya. Aku tidak berdaya akhirnya aku daman panas pada keesokkan harinya pada siapa nak aku mengadu? Ayah ,ibu ,Ridwan? Aku takut dengan ugutan pak su,dia kata kalu aku beritahu orang lain dia akan tembak aku dengan senapangnya kerana dia seorang tentera, aku budak yang tak suci lagi budak hina yang telah hilang maruah diri.
            Aku tersedar lantas mengucap dan menunaikan solat subuh. Aku menangis lagi menangis kerana aku takut satu hari nanti kenangan silam aku akan diketahui oleh semua orang. Selesai solat subuh aku ke dapur untuk siapkan sarapan Mai dengan aku memang tak suka makan di luar, Mai bangun lalu memeluk aku dari belakang dia tahu aku menyembunyikan sesuatu daripadanya semalam.’Sya aku tahu kau sembunyikan sesuatu pada aku semalan? Kau kenal ke Ridwan?Taklah Mia aku memang pening kepala mungkin sebab banyak sangat memasak semalan. Mia percaya dengan kata aku dia terus bangun dan berangkat ke kerja. Aku terus mengikutinya kerana aku tumpangnya ke kerja kerana kereta ku rosak. Sampai di sekolah aku nampak Ayuni termenung, aku menghampirinya dan menggosok belakangnya .Cikgu Amani, Ayuni sedih sangat-sangat Ayuni rindu abah dan ibu . kenapa Dia ambik abah dengan ibu Ayuni kenap cikgu?’Sayang Dia ambik abah dengan ibu Ayuni sebab Ibu dengan abah Ayuni orang baik,sepatutnya kalu Ayuni rindu dengan abah dan ibu Ayuni sedekahlah Al-Fatihah pada abah  dengan ibu baru ibu dengan abah Ayuni sentiasa mengingati Ayuni. Terima Kasih cikgu! Kata Ayuni kepadaku, tanpa sedar tindakan aku diperhatikan oleh Amirul dan tiba-tiba dia senyum sendiri.

            Tiba-tiba terasa rindu pada keluarga aku. Kejadian yang menimpa aku 10 tahun yang lalu semasa stpm membuatkan aku menetapkan keputusan untuk terus keluar daripada rumah itu. Tanpa khabar berita. Aku terasa jauh sekali dengan keluarga sendiri walaupun sudah bertahun semua ini berlaku tetepi kenangan itu seperti semalam baru aku mendengar percakapan baba dan ummi mengernai aku.’umminya baba tak sanggup tengok Amani terus menderita walaupun Amani bukan anak kita yang sebenar baba betul-betul sayang Amani, baba rasa berdosa kerana tak dapat lindungi Amani daripada adik baba, sekarang satu lagi dugaan buat dia kenapa ummi dia diduga sebegitu kuat baba tak sanggup,aku melihat baba menangis di bahu ummi’. Kemudian ummi pula berkata ‘ baba, ummi tahu Amani seorang budak yang tabah sentisa kuat hadapi semua ini’.

Aku terkejut aku ini bukan anak baba dengan ummi tapi nama baba sama nama binti aku Risya Amani binti Sharizal nama baba dalam ic cuma ejanya Syarizal patutlah selama ini along dengan angah sentiasa tegur aku mengejer nama baba salah. Aku baru sahaja balik dari hospital kerana sakit di rahim aku. Selepas kembali ke bilik aku berasa sangat sakit di rahim ku banyak darah keluar aku cuba menjerit nama ummi tiba-tiba aku berasa gelap disekelilingku. Aku cuba                                                                            
 buka mata aku lihat ummi menangis,’ummi kenapa menangis Amani tak mati lagi’. Ummi terus peluk aku,’Amani maafkan ummi kerana terpaksa buang rahim Amani’.’Apa ummi? Amani tak faham? Kenapa? sebab Amani bukan anak baba dengan ummi ke? Semenjak peristiwa itu ummi dengan aku tak pernah bercakap setiap kali ummi nak bercakap dengan aku pasti aku akan mengelak. Selepas sebulan aku dapat tawaran sambung belajar ke Singapura. Dengan hati yang berat pada tengah malam aku keluar daripada rumah meninggalkan kisah silamku bersama seorang diri ke Singapura sehingga berjumpa Maisara. Aku tidak mempunyai masalah kewangan kerana aku mendapat biasiswa.

Semua lelaki yang ingin berdampingi ku terpaksa aku menolak tawarannya kerana aku takut dan aku sedar sekiranya aku berdamping dengan lelaki ini bermakna aku pentingkan diri sendiri dan semua lelaki tak mahukan perempuan yang sudah tiada maruah diri dan tak mampu menyambungkan zuriat untuknya. Dalam kamus hidupku hanya seorang lelaki iaitu Ridwan. Cinta pertama dan terakhir.


BAB 2
Seperi biasa hari ini aku ke sekolah, tetapi aku datang lebih awal kerana perlu siapkan beberapa persedian untuk aktiviti hari guru hari ini. Sudah kebiasaan bagi hari-hari istimewa seperti ini pelajar sekolah Rendah Kebangsaan Paya Arau akan datang awal. Aku begitu sibuk dengan aktiviti hari ini sebagai guru kelas 3Amanah aku menerima pelbagai hadiah daripada anak muridku. Aktiviti sukan bermula dan perlawanan antara guru lelaki dengan bapa pelajar yang hadir suasana amat meriah dengan sorakan yang diberikan oleh penonoton tiba-tiba aku terpandang ke arah Amirul dan aku melihatnya tersenyum kearah aku. Aku biarkan sahaja semua ini berlaku tanpa sedar hati aku berbisik riang. Selepas tamat aktiviti hari guru hari ini aku melangkah ke kereta dan aku melihat Ayuni berada di tepi kereta aku. Aku tersenyum sungguh aku bahagia melihat Ayuni tersenyum, Ayuni berlari pada aku dan terus memeluk aku. Aku mendengar dia panggil aku mama atau mungkin aku tersilap , aku juga ternampak Amirul dan dia menghampiri aku. ‘cikgu ada kerja ke lepas ni’?’ Saya sedikit sibuk kerana malam ni saya nak menyambut hari kelahiran kawan saya’. Berbohong aku di dalam hati. ‘Emmm, kalu macam tu saya pulang dulu cikgu’.’ Ye. Ayuni balik hati-hati ye’.  Aku tahu apa yang bermain di hatimu Amirul tetapi maafkan aku kerana semua ini tak mungkin berlaku.

            Selepas penat seharian di sekolah aku membuka hadiah yang diberikan oleh anak muridku. Pelbagai-bagai hadiah, tetapi aku terpandang pada satu hadiah IKLAS daripada AMIRUL IKWAN kepada CIKGU CANTIK BIDADARI, aku buka bekas hadiah itu rupa-rupanya seuntas rantai. Aku terkilan tak mungkin aku menerima hadiah yang semahal ini. Semalaman aku tak dapat tidur memikirkan hadiah ini dan aku nekad akan memulangkan semula.  Pagi esoknya aku memanggil Ayuni untuk memulangkan hadiah tersebut tetapi Ayuni tak terima hadiah tersebut malah memberi nombor telefon Amirul. Semasa rehat aku mengambil tindakan untuk menelefon Amirul hati aku mula berdebar dan ‘Asalaimualaikum saya cikgu Amani saya nak pulangkan semula hadiah Encik ni saya tak berhak memilikinya’. ‘Takpa cikgu memang saya hadiahkan kepada cikgu iklas daripada saya’.’ Saya tak boleh ambik kerana saya jujur dengan kerja saya harap Encik boleh ambik semula rantai ini’. ‘kalau macam tu boleh tak cikgu hantar rumah saya petang ini lagi pun emak saya nak sangat berjumpa dengan cikgu kerana Ayuni selalu bercerita tentang cikgu’.Insyaallah saya akan datang. Selepas tamat waktu persekolahan aku menuju ke rumah Amirul seperti di beritahu olehnya. Aku memberi salam tapi tidak ada yang menjawab salam ku, aku berniat untuk pulang tetapi aku mendengar sesuatu jatuh dan meminta tolong aku berat hati melangkah melalui pintu dan aku mendengar suara meritih.

             Tiba-tiba aku mendengar orang meminta salam dan aku pergi untuk membuka pintu,aku terkejut kerana ada sekumpulan lelaki yang mengatakan aku telah ditangkap berkhaluat. Ya Allah apa yang telah aku lakukan. Aku meraung dan menangis memberitahu perkara sebenar bahawa aku Cuma menolong Amirul yang terjatuh di biliknya, aku tiada niat langsung. Tapi tiada siapa yang mendengar Amirul pula hanya senyap dan tidak berbunyi apa-apa malah membela dirinya. Aku takut dengan orang sekeliling aku sekali lagi maruah aku dihancurkan. Ayah Amirul merupakan seorang datuk yang mempunyai perniagaan yang besar dia memarahi Amirul dan minta Amirul bertanggungjawab tetapi aku tak nak Aku tak bersalah. Aku berteriak ‘Aku tak salah kenapa aku harus bersama dengan orang lelaki yang aku tak kenal’! Akhirnya Emak Amirul memelukku dan aku berasa nyaman berasa seperti berada dalam pelukan ummi dan aku akhirnya terpaksa akur dan malam itu.

            Sah!Sah! Dalam sekelip mata aku bergelar isteri dan seorang isteri kepada suami yang tak pernah kenal. Ya Allah aku hanya berserah kepada Mu. Datin Zulaika memeluk aku dan mengucapkan taniah, kami semua pulang dan aku meminta izin untuk pulang kerumahku walaupun ditegah oleh datin dan datuk tapi aku tetap berdegil dan aku beritahunya bahawa aku akan datang semula ke rumahnya. Dengan hati yang berat Amirul yang baru bergelar suami padaku menghantar aku pulang. Di dalam kereta suasana sunyi sepi tanpa sebarang percakapan dan akhirnya ‘abang mintak maaf dengan Amani abang betul-betul mintak maaf ‘ dan aku terus menangis tanpa sepatah perkataan keluar dari mulutku sehingga sampai ke rumah aku terus turun ke kereta tanpa menoleh belakang aku sedar bahawa dia juga kecewa. Aku pulang dan Mia melihat aku yang tengah menangis aku terus menceritakan apa yang berlaku pada ku hari ini kepadanya aku terus memeluknya selepas itu aku terus ke bilik air dan solat aku tak mahu terus hanyut dengan dugaan ini. Setelah solat aku berbaring di atas katil dan terus terlena.

            Aku cuba untuk bangun tetapi berat dan panas sekali badan aku, aku dengar Mia memandang aku tetapi aku semakin lemah dan mata aku terus tertutup. Aku cuba untuk membuka mata sekali lagi,dan aku terdengar suara menangis’sayang maafkan abang, abang yang bersalah kerana tak mempertahankan maruah sayang ‘ aku tahu itu suara Amirul dia memegang erat tangan aku tetapi apabila aku sedar aku merentap tangan aku dan aku tahu dia terkejut, apabila aku membuka mata aku melihat dia disisi aku dan datuk dan datin juga ada aku sedar aku berada di hospital aku terus menatap wajah comel disisiku Ayuni. Aku sedar semua mata memandang kearah ku dan tiba-tiba datin bersuara ‘ Amani sepatutnya pulang bersama kami Amani adalah tanggunjawab kami’, ‘tapi datin saya tak layak untuk hadir dalam keluarga datin saya tak layak’! Selepas itu datuk pula bersuara betul kata ibu kamu tu Amani bahawa kamu memang tanggunjawab kami jangan berdatuk dan datin sekarang ini kami ini ibu dan ayah kamu’.  Aku tidak berniat untuk berlawan lagi aku sedar bahawa Amirul telah menjadi suami aku dan aku akan berserah pada nasibku andai ini takdirnya aku terima.  Aku pulang ke rumah sewa untuk mengambil pakaian dan barang keperluan lain untuk bawa ke rumah baru ku.
            Aku sampai ke villa Ayuni yang dibina oleh datuk dan datin semperna kelahiran Ayuni katanya. Aku Cuma memandang rumah itu dengan kosong dan Ayuni pula sedang rancak bercerita dan apabila mereka ketawa aku juga ketawa. Datuk dan datin melayan aku dengan baik sekali selesai memugah barang Amirul menunjukkan biliknya pada ku. Aku takut andai sesuatu berlaku aku takut dia akan mengertahui masa silamku. Selepas siap berkemas Amirul mengajak aku berbual. Dia memberitahu bahawa dia faham andai aku belum bersedia dan sanggup untuk menunggu aku. Selepas itu aku turun ke ruang tamu dan menolong datin untuk menyediakan makanan tengah hari. Aku cuba memasak walaupun di halang datin.’ Ibu nak masak apa? Mirul tu suka makan kari ayam Amani tolong masakkan kari ayam ye, baik ibu’. Sedang sibuk memasak Ayuni datang memelukku dan memanggil aku mama. ‘ Mama, betul ke? Papa kata mama dah jadi mama Ayuni’? Ye sayang. Ayuni berlari sambil menjerit memanggil papanya. Tiba-tiba hati aku berasa bahagia, semasa makan aku berada di tepi Amirul hati ku berdebar tiba-tiba dia bersuara ‘ibu masak ke kari ni?kenapa mirul tak sedap ke?sedaplah ibu tapi rasa je yang lain sikit’. ‘Bukan ibu yang masak tapi isteri kamu yang masak’. Ooooo, lepas ni bolehla sayang masak selalu. Aku Cuma  mengaggup. Tiba –tiba ayah bersuara ‘ayah ingat nak buat kenduri untuk kau orang berdua ayah nak panggil kawan-kawan dan anak beranak nak kenalkan Amani kau orang tak kisah kan’? saya tak kisah saya ikut abang je hamper tersedak Amirul apabila aku memanggilnya abang, tiba-tiba datin bersuara’Amani tak ada saudara ke? Ada keluarga angkat tapi Amani tak tahu dia tinggal dekat mana hilang contact.

            Malam itu hanya aku dan dia berada di bilik, aku mula bersuara’Amani nak abang faham Amani bukan macam perempuan lain dan Amani takut Amani tak mampu nak beri kebahagian kepada abang dan berikan waktu untuk Amani untuk terima abang dan abang sanggup terima Amani yang tak tahu asal usul dan kisah silam Amani’? Amani abang terima Amani seadanya dan abang tak kisah masa lampau Amani kerana setiap orang mempunyai rahsia dan abang sanggup tunggu sehingga Amani jatuh cinta pada abang’. Malam itu aku tidur atas katil manakala dia pula atas sofa panjang timbul perassan bersalah padanya tetapi aku belum bersedia.
            Aku bangun pagi kerana mendengar seruan azan subuh aku memandang dia di sofa kosong? Aku melihat di hadapan katil dia sedang bersembahyang, tiba-tiba hatiku diserbu dosa ketika mendengar doanya’Ya Allah kau telah berikan jodoh yang terbaik untukku,andai ini jodohku kau kekalkanlah hingga hujung nyawaku,andai dia amanah mu kepadaku tanam lah cinta di dalam hatinya untukku’.Lantas aku bangun menuju ke kamar mandi mengambil wuduk dan selepas keluar aku masih melihat dia di di sejadah’sayang cepat pakai telekung kita sembahyang beriman’air mataku tak berhenti keluar aku tidak menyangka bahawa aku sudah bergelar isteri, selesai solat aku menyambut tangan yang dihulurkan olehnya aku,selepas siap aku pergi ke dapur untuk menolong bibik. Aku memasak nasi lemak sambal ikan bilis kata bibik Ayuni suka makan lauk itu. Selepas siap semuanya semua ahli kelurga turun untuk berserapan termasuklah Ayuni, berselera sungguh aku melihat dia makan sarapan yang aku masakkan. ‘Ayuni makan perlahan-lahan’,kataku’emm Amani tak kerja ke hari ini’, ‘tak ibu Amani ingat nak cuti 1 minggu nak tolong ibu untuk majlis nanti’.’ooo baguslah nanti boleh kita ke butik tempah pakaian kau pun sama Mirul ambik cuti jugak’. Selesai semua perkara unuk majlis aku ke luar dan meinta izin daripada suamiku untuk keluar bersama Ayuni,ibu hanya tersenyum aku tahu dia pun mahu menemani aku tapi aku belum bersedia.’ Mama Ayuni nak beli Bear besar boleh? Boleh sayang , tapi mama nak ke bank dahulu. Aku terkejut melihat jumlah wang yang terdapat dalam akaun bank Rm 400,000 buku bank ni dah lama aku tak kemas kini siapa yang masukkan duit ke dalam buku bank aku ni? Aku pulang disambut Amirul dengan senyuman manakala aku hanya memberikan senyuman yang hambar kepadanya.aku melangkah mask ke bilik dengan seribu kesedihan dan tanda tanya, adakah baba yang masukkan duit kerana akaun bank itu hanya aku, ummi dan baba sahaja yang menertahui, aku terlalu rindu kepada mereka berdua aku mendengar suara Ayuni memanggil aku lantas aku mengelap air mata dan menuju ke arah Ayuni.


Comments

  1. lolollolololo..sekian lama baru berani nk update novel pendek ni.. tapi ni hanya bahagian 1 dan 2.. selamat membaca

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts