Sunday, 24 March 2013

komunikasi


Pengenalan

Keperluan untuk berkomunikasi sudah menjadi sebahagian daripada kehidupan seharian manusia. Sejak permulaan zaman lagi, manusia telah berkomunikasi menggunakan pelbagai jenis teknik dan kaedah.  Keadaan dan teknologi yang ada membolehkan kita mengenalpasti kadah-kaedah tersebut dan tujuan manusia berkomunikasi.  Kebanyakkan bentuk komunikasi peringkat awal ialah dalam bentuk tulisan, gambaran, dan dinding gua.  Selepas itu komunikasi berkembang dengan pembangunan bahasa dan juga penggunaan simbol.  Daun papyrus dan kertas digunakan bagi merekod komunikasi untuk digunakan kemudian.  Isyarat asap oleh orang India Amerika asli, gendang oleh puak Afrika dan juga menara dari tembok China adalah tanda wujudnya keinginan untuk berkomunikasi di sebalik sempadan ruang fizikal yang begitu pantas.  Penglipur lara sewaktu perkhemahan juga merupakan salah satu contoh daripada komunikasi, menggunakan animasi, gaya tubuh dan bunyi untuk menyampaikan mesej atau maklumat kepada ahli puak yang lain.
Dalam tahun 1948, satu metod komunikasi telah dicadangkan olah Claude Shannon. Shannon bekerja untuk Syarikat Bell Telephone di Amerika dan begitu mengambil berat tentang pemindahan percakapan melalui talian telefon. Warren Weaver dalan kerjasamanya bersama Shannon telah menulis pengenalan untuk model ini dan telah diterbitkan sebagai buku dalam tahun 1949. Weaver melihat kemampuan model komunikasi Shannon dalam ruang lingkup yang lebih luas dan bukan hanya untuk telefoni sahaja dan semenjak itu ia telah bertindak sebagai asas untuk menerangkan komunikasi.

Thursday, 21 March 2013

karangan pbs sejarah rodat


PENGENALAN
Malaysia adalah sebuah negara yang kaya dengan seni persembahan
warisan Melayu tradisional yang masih aktif hingga kini dan tidak kurang juga
sebahagian daripadanya hanyut dibawa arus kemodenan. Namun pun begitu
setiap negeri di Malaysia mempunyai identiti seni budaya mereka tersendiri
yang masih kekal dan dikembangkan hingga ke hari ini. Kalau kita lihat di
negeri Kedah masih kedengaran Ghazal Parti, Pulau Pinang rancak dengan
dendangan boria, Selangor nyaring dengan keroncong, Melaka asyik dengan
dondang sayang, Johor tangkas dengan tarian kuda kepang, Kelantan popular
dengan dikir barat serta wayang kulit, manakala di Terengganu pula unik
dengan kelembutan lenggok dan nyanyian rodat.
Rodat merupakan hiburan tradisi yang mempunyai fungsi sosial berhubung
dengan pengisian kehidupan bermasyarakat. Pantun dan sajak yang
dinyanyikan dalam persembahan rodat mempunyai peranan dan pengaruh
yang agak signikan. Dalam konteks ini, pantun dikonsepsikan sebagai satu
bentuk nasihat, adat, berbudi bahasa, jenaka, kasih sayang yang disampaikan
dalam bahasa yang berirama serta indah dan mengasyikkan.
2
Seni persembahan tradisional ini adalah satu bentuk persembahan kesenian
yang popular di kalangan masyarakat di Terengganu. Rodat biasanya
dipersembahkan di dalam majlis-majlis perkahwinan, kenduri-kendara,
berkhatan, musim menuai, hari Keputraan Sultan dan di pesta-pesta
kebudayaan. Seni persembahan tradisional ini dipersembahkan dalam bentuk
tarian, nyanyian serta paluan alat muzik yang dipanggil rebana tar atau tar
rodat.
Persembahan Rodat
ASAL USUL
Seni warisan pusaka nenek moyang ini telah mengalami pelbagai
perkembangan dan pembaharuan. Daripada sudut sejarahnya pula, hingga ke
hari ini tiada satu pun catatan yang dapat membuktikan bila dan dari mana
asalnya rodat yang telah wujud di negara ini amnya dan di negeri Terengganu
khasnya.
Namun begitu, menurut satu catatan di dalam Buletin Warisan (Mac 1979),
Persatuan Sejarah Malaysia Terengganu ada menyebut bahawa di awal abad
ke 19 didapati telah ada pedagang-pedagang dari Sambas dan Pontianak
telah datang ke Terengganu untuk membeli budu, songket serta perkakas.
Anak-anak kapal berkumpul dalam kumpulan lebih kurang 20 orang sambil
menyanyi-nyanyi (rodat) diiringi dengan sebuah alat muzik yang dipanggil
rebana tar hingga lewat malam. Alunan lagu (rodat) serta suara lunak
bersama-sama tepukan alat muzik tersebut, telah menarik penduduk
tempatan (Terengganu) untuk mempelajari persembahan ini sehingga ianya
menjadi sebati dan tersohor serta telah berkembang dalam masyarakat
Terengganu khususnya.
3
Sesetengah pendapat ada menyatakan bahawa seni persembahan rodat ini
berasal dari Tanah Arab. Kenyataan ini diperkukuhkan lagi apabila dilihat
perkataan rodat itu sendiri wujud dalam perbendaharaan kata Arab yang
membawa maksud berulang-alik, bersahut-sahutan, bersatu kembali atau juga
berbalas-balas. Selain daripada itu, bersahut-sahutan, bersatu kembali atau
juga diungkap dalam bahasa Arab di mana isinya dipetik dan disalin daripada
sebuah kitab yang diberi nama hadrah. Apa yang lebih menarik untuk
diperkatakan tentang seni tradisional rodat ini adalah keunikan dari segi
persembahan dan mesej yang ingin disampaikan serta diperkuatkan lagi
dengan seni yang berunsurkan Islam serta sangat dihormati kerana
merakamkan pujian kepada Tuhan dan sejarah hidup para Rasul.
Dipercayai bahawa kawasan atau kampung yang mula-mula diperkenalkan
seni rodat di daerah Kuala Terengganu adalah di Kampung Pasir Panjang dan
Gong Tok Nasek. Setelah seni rodat ini masyhur dan popular di kalangan
penduduk di Kuala Terengganu, ianya telah tersebar di tempat-tempat lain
seperti di Kampung Surau Pangjang, Baladau, Kepong, Paya Resak dan
beberapa tempat lain lagi. Pada hari ini, hanya terdapat beberapa buah
kumpulan rodat sahaja yang masih aktif menjalankan aktiviti persembahan ini
terutamanya di daerah Kuala Terengganu. Sebahagian yang lain telah
berkubur begitu sahaja tanpa diwariskan kepada golongan muda.
PERSEMBAHAN RODAT
Umumnya persembahan rodat terdiri daripada beberapa peringkat atau fasa
persembahan. Namun pada dasarnya di awal penubuhan kumpulan rodat di
Terengganu hanya terdapat dua watak atau kumpulan utama iaitu kumpulan
pengadi selaku penepuk tar yang terdiri daripada golongan lelaki dan
kumpulan pelenggok sebagai penyanyi dan penari yang juga daripada
golongan lelaki. Perubahan telah berlaku di era 40-an dengan
memperkenalkan watak mak inang sebagai penari dan penyanyi yang terdiri
daripada golongan wanita. Sehinggalah hari ini, corak persembahan rodat
telah banyak mengalami perubahan sama ada dari segi struktur organisasi,
lagu dan juga cara persembahan.
4
Biasanya struktur kumpulan utama rodat adalah dibahagikan seperti berikut :
• 9 orang pengadi
• 12 orang pelenggok
• 5 orang mak inang
Bilangan pengadi, pelenggok dan mak inang biasanya tidak tetap dan
biasanya ianya mengikut kesesuaian satu-satu majlis.
Pengadi, pelenggok dan mak inang dalam persembahan rodat
Kebiasannya, persembahan rodat dimulakan dengan kumpulan pengadi
bersama pelenggok akan menyampaikan sebuah lagu pembuka pentas. Lagu
yang sering digunakan ialah lagu selawat yang dipersembahkan dalam posisi
duduk selama kira-kira lima belas minit. Setelah lagu pembukaan pentas
dinyanyikan, lazimnya ketua pengadi akan memulakan persembahan dengan
Bismillahi Muala Nab Tadaina iaitu sebuah bentuk zikir selepas lagu selawat
dinyanyikan. Kemudian para pengadi akan mengulangi fasa ini sambil disahut
oleh pelenggok. Begitulah seterusnya di mana lagu-lagu berbentuk puji-pujian
kepada Allah s.w.t dan Rasulullah s.a.w. yang dinyanyikan secara beramairamai
oleh pelenggok sambil sesekali disahut oleh pengadi dengan iringan
paluan rebana tar.
Paluan juga dikatakan mempunyai variasinya yang tersendiri di mana paluan
perlahan ketika nyanyian atau lagu dipersembahkan, kuat dan cepat serta
nyaring ketika berebana (tanpa nyanyian). Paluan rebana tar ini dinamakan
cap. Cap terbahagi kepada dua iaitu cap panjang dan cap pendek. Cap
panjang merupakan lapan paluan secara terus menerus kemudian berhenti
seketika kemudian disambung semula dan rentak atau paluan ini dipalu
mengiringi lagu rodat bernada lembut dan lunak. Cap pendek pula adalah
5
paluan dua atau empat kali kemudian berhenti untuk seketika sebelum
disambung kembali dan cap ini biasanya digunakan untuk mengiringi lagu
rodat bernada tinggi dan cepat.
Pengadi menepuk tar
Setelah selesai enam fasa, mak inang yang bersedia di belakang pentas ini
akan masuk menyampaikan persembahannya dengan mengalunkan lagu
rodat dalam bentuk pantun yang berunsurkan kasih sayang dan pengajaran.
Mak inang akan masuk berpantun untuk jangka masa 10 hingga 15 minit dan
struktur kedudukan mak inang adalah berada dalam keadaan berbaris iaitu
berada antara barisan pengadi dan pelenggok. Apabila mak inang memulakan
pantun, pengadi akan mengiringinya dengan paluan tar sementara dalam
institusi yang sama pelenggok akan mula melenggok badannya mengikut
rentak lagu dan paluan tar.
Dalam situasi pelenggok menyahut pantun daripada mak inang, mak inang
akan terus menari dengan paluan tar yang agak rancak dan kuat. Begitulah
seterusnya situasi berbalas-balas pantun antara mak inang dengan pelenggok
berserta pengadi berdasarkan kepada rentak dan jenis lagu yang
disampaikan.
TARIAN
Pergerakan tarian dalam seni persembahan rodat pada umumnya
merangkumi beberapa peringkat atau fasa berasaskan dua pergerakan utama
iaitu bergerak maju ke hadapan dan undur ke belakang dengan membawa
pergerakan tangan, kaki dan badan. Pergerakan rodat menegaskan bahagian
6
tangan dan kaki. Pergerakan tangan tidak sehalus atau serumit pergerakan
makyung atau joget gamelan. Peringkat pergerakan dalam gerak tari
persembahan rodat melibatkan pergerakan duduk dan berlutut, pergerakan
percantuman atau gabungan antara keadaan duduk dan berdiri, serta
pergerakan dalam berdiri sahaja. Tetapi tiap-tiap satu peringkat bermula serta
berakhir dengan pergerakan duduk atau berlutut.
Pelenggok menari mengikut paluan tar
Pergerakan maju dan undur
Pergerakan duduk berlutut
7
Gabungan antara pergerakan tangan dan kaki
Pergerakan tangan
Pergerakan tangan ke hadapan dan ke atas sambil menggulungkan jari dan
sesekali bergerak secara berpasangan-pasangan, digabung dengan
pergerakan melenggok dan melenggangkan badan oleh pelenggok dan mak
inang yang mempunyai nilai estatika yang tinggi memeriahkan lagi
persembahan rodat.
Oleh itu, dapatlah dikatakan bahawa pergerakan tarian dalam rodat adalah
hasil gabungan beberapa pergerakan asas dalam berbagai-bagai bentuk dan
cara yang diilhamkan serta berpandukan sepenuhnya daripada seni tarian
tradisional Melayu.
LAGU RODAT
Persembahan seni rodat dikatakan mempunyai 50 hingga 60 jenis lagu,
namun pada suatu ketika dahulu antara lagu yang masih popular dimainkan
sehingga kini yang terkandung di dalam kitab hadrah adalah seperti berikut :
8
- Ya Hayyum Ya Qayyum
(Nama-nama Tuhan yang menghidupkan)
- Allah La illa ha illallah
(Tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah)
- La illa ha illa Ya Karim
(Tidak ada Tuhan melainkan Engkau)
- Ya Rasul Ya Rasulullah
(Wahai Rasul, wahai persuruh Allah)
- Zikri Nabi AI-Mukhtar
(Nabi yang terpuji)
- Sillatullah
(Hubungan dengan Allah)
Pada awal penubuhan kumpulan rodat, lagu-lagu yang dipersembahkan pada
umumnya hanyalah berbentuk puji-pujian kepada Allah s.w.t serta Nabi dan
Rasulullah s.a.w. Senikata lagu-lagunya pula dinyanyikan di dalam bahasa
Arab. Pada ketika itu struktur kumpulan rodat yang ada terdiri daripada kaum
lelaki sahaja bersesuaian dengan apa yang ingin disampaikan melalui lagulagu
dalam persembahan rodat tadi. Berikut adalah satu daripada senikata
sebuah lagu berbahasa Arab di antara yang popular masa kini :
Ya La Mu Yahayun
Muyya La Na Qayyum
Mu Yahaye Allah Qalu La Bitaya
Ni Ashallilana Lana Ladihama
Bia Duniwa, Allah Niwa Ladunia
Selain mesej puji-pujian kepada Allah s.w.t dan Rasul, mesej berunsur
dakwah, panduan hidup serta tuntutan Islam terhadap manusia sebagai
khalifah di muka bumi, unsur pengajaran, nasihat dan sebagainya juga
terkandung di dalam mesej berbentuk lagu di dalam persembahan rodat. Ini
dapat dilihat daripada salah satu nyanyian lagu rodat yang terkandung di
9
dalam kitab hadrah sebagai lagu permulaan persembahan yang dinyanyikan
selepas lagu selawat (pembukaan pentas) sebagaimana di bawah :
Maksudnya adalah lebih kurang berikut :
Tuhanku sesungguhnya aku memohon dengan namaMu yang Agung dan
ketinggian DarjatMu yang Mulia, penuhilah segala permintaan kami
terhadapMu.
Dengan nama Allah Maha Pelindung, kami mulakan, segala puji-pujian di atas
nikmatMu Tuhan sekalian alam
Kami berhubung denganMu setiap perkara, agar dikumiakan limpahan
kebaikan Tuhan sekalian alam
Dan dengan nama-namaMu yang terungkap di dalam Nas (Al-Quran), di
sebalik yang terselindung itu menyimpan segala kebaikan dan kebenaran.
Dengan setiap kita yang dinuzulkan oleh-Nya jua, Dan Al-Quran sebagai
penawar buat orang mukmin semua.
Dan di puncak yang sunyi, kami berhubung denganMu agar dikumiakan
ketenangan, kerana inilah tradisi yang diamalkan oleh nabi-nabi dan rasulrasul
kami.
Dan ahli keluarga dan sahabat-sahabat semuanya, kami berhubung serta
mengikut segala petunjuk pada tabi'in segalanya.
10
Setiap golongan pemerintah itu kami berseru, setiap yang diramal itu Allah jua
yang mengetahui segalanya.
Dan para ulama itu Pesuruh Allah, kami muliakan, apatah lagi setiap wali dan
para salihin.
Dan khususnya buat imam-imam yang menyebarkan kebenaran, gambaran
dan darjat yang tinggi buat Islam (agama).
Dan disusunkan ajaran itu dengan susunan yang kukuh, dan dikumpulkan
syariat itu agar dikekalkan selamanya.
Nyanyian lagu berbahasa Arab yang didendangkan adalah melibatkan paduan
suara antara pengadi dan pelenggok. Struktur dan rentak nyanyian ini pada
dasarnya masih dikekalkan hingga ke hari ini.
Namun perubahan masa telah menyaksikan banyak kisah-kisah di dalam lagu
ini mengalami pengubahsuaian demi mengikut tuntutan para penonton yang
menyaksikan persembahan rodat. Bentuk penyampaian juga turut ditambah
dengan pantun-pantun Melayu dan menjadi sebahagian daripada agenda di
dalam sesuatu persembahan rodat. Bentuk pantun Melayu ini dikatakan mula
diperkenalkan bersama-sama watak mak inang iaitu pada tahun 1940-an.
Situasi berbalas pantun lazimnya berlaku dalam dua keadaan. Pertamanya,
situasi berbalas-balas pantun antara kumpulan pengadi, pelenggok dan mak
inang manakala situasi kedua berlaku hanya melibatkan kumpulan pelenggok
dan mak inang sahaja.
Pantun-pantun yang disampaikan biasanya berbentuk pantun empat kerat di
mana rangkap-rangkap pantun yang disampaikan ada hubungkaitnya dengan
tempat-tempat yang menarik dan bersejarah di negeri Terengganu khususnya.
Di samping itu juga, apa yang lebih penting adalah mesej-mesej yang ingin
disampaikan adalah berunsurkan pengajaran, nasihat, teguran dan jenaka.
Hingga kini persembahan rodat telah diteruskan dengan persembahan
pantun-pantun Melayu dan para pemuisi terkenal di Terengganu turut
menyumbangkan puisi pantun untuk persembahan rodat.
11
Pelenggok mendendangkan lagu dalam persembahan rodat
Biasanya dalam satu-satu persembahan rodat terdapat tiga segmen utama
iaitu segmen permulaan, pertengahan dan penutup.
Pada segmen permulaan, ianya akan dimulakan oleh pengadi di mana sambil
menepuk tar mereka mendendangkan lagu dan disambut oleh pelenggok
secara bergilir-gilir dan bersahut-sahutan dan akan diikuti dengan zikir petikan
dari kitab hadrah sebagaimana berikut :
Muala Sola... ...Tullah
Ya Lahu Alla Ya La Ahadi
Allah Ya La Ahami
Ya Allah Ya Hamila
Ya Allah Ya Rasulullah
Muala lma... lmamula a
Ya Lahabi Ya lwal Mu Ala Rasalli
Ya Allah Salilla
Ya Allah Ya Rasulullah
Ya La Mu Yahayun.,..
Muyya... La Na Qayyum...
Mu Yahaye... Allah Q'alu La Bitaya
Ni... Ashallilana... Lana Ladihama
Bia Duniwa, Allah Niwa... Ladunia
Pelenggok
Hai burung jelatuklah burunglah selaseh (2x)
Kai pohon keladi di dalamlahjambangan... Ya Allah (2x)
12
Terima kasih kepadalah yang Dato (2x)
Kerana sudi memberilah sumabangan... Ya Allah (2x)
Mak Inang
Ya La Mu Yahayun....
Muyya... La Na Qayyum...
Mu Yahaye... Allah Qalu La Bitaya
Ni... Ashallilana... Lana Ladihama
Bia Duniwa, Allah Niwa... Ladunia
Pelenggok
Tidaklah sebak (2x) jika terkenang (2x)
Airlah yang mata gugur berlinang (2x)
Karam di laut (2x) dapat ku kenang (2x)
Karam di hati ... amboilah sayang... bila nak senang (2x)
Mak Inang
Ya La Mu Yahayun....
Muyya... La Na Qayyum...
Mu Yahaye... Allah Qalu La Bitaya
Ni... Ashallilana... Lana Ladihama
Bia Duniwa, Allah Niwa... Ladunia
Pelenggok
Kalaulah ada (2x) jarum yang patah (2x)
janganlah disimpan di dalam peti (2x)
Kalaulah ada (2x) silap sepatah (2x)
Harap janganlah disimpan..amboilah sayang..di dalam hati (2x)
Mak Inang
Ya La Mu Yahayun...
Muyya... La Na Qayyum....
Mu Yahaye Allah Qalu La Bitaya
Ni... Ashallilana Lana Ladihama
Bia Duniwa, Allah Niwa Ladunia
Pelenggok
13
Tebang tebu (2x) tanam selaseh (2x)
Ala pergilah ke pasar... amboilah sayang... membeli benang (2x)
Sudah bertemu (2x) bersama kasih (2x)
Hai perut yang lapar... amboilah sayang... menjadi kenyang (2x)
Mak Inang
Ya La Mu Yahayun....
Muyya La Na Qayyum....
Mu Yahaye Allah Qalu La Bitaya
Ni Ashallilana Lana Ladihama
Bia Duniwa, Allah Niwa... Ladunia
Pelenggok
Linanglah linang (2x) sibuah jagung (2x)
Ala marilah nak kembang dalam belulang (2x)
Kasihlah abang (2x) berat ku tanggung (2x)
Hai sampailah ke mati.. amboilah sayang.. rasa tak hilang (2x)
Mak Inang
Pada segmen kedua atau pertengahan juga akan dimulakan oleh pengadi dan
disambut oleh pelenggok, tetapi perbezaannya adalah di akhir segmen ini
menyaksikan penyertaan mak inang yang akan menari dan menyanyi lagu
diiringi paluan tar oleh pengadi dan disambut oleh pelenggok dengan lagu
sebagaimana berikut :
Ya La Mu Yahayun....
Muyya La Na Qayyum.....
Mu Yahaye Allah Qalu La Bitaya
Ni... Ashallilana Lana Ladihama
Bia Duniwa, Allah Niwa... Ladunia
Lagu berikutnya merupakan zikir petikan daripada kitab hadrah. Seterusnya
diikuti dengan ungkapan sebagaimana di bawah :
Shakyka Bi nabab Bima Ya Ulana
Di Allah Kari Ya Muala..Saya La Disana
Wasala di Kiya Bima Ya La Ulana
Hadi Allah Wa Wa... Saliu Ya Rasulullah
14
Lagu berikutnya merupakan zikir petikan daripada kitab hadrah. Seterusnya
diikuti dengan ungkapan sebagaimana di bawah :
Muhammadun Madun Soliilah... Madun Sollilah
Ya Allah... Madun Sollilah
Rasulun Madun Sollilah... Madun Sollilah
Ya Allah... Madun Sollilah
Lagu berikutnya merupakan zikir petikan daripada kitab hadrah.
Persembahan berikutnya akan diteruskan dengan nyanyian lagu yang
berbentuk pantun oleh mak inang dan disambut oleh pelenggok secara
bergilir-gilir diiringi paluan tar oleh pengadi. Bentuk pantun (lagu) yang
disampaikan oleh mak inang adalah seperti berikut :
Hai mudik ke hulu bersamalah yang lah rakit (2x)
Sambil merakit memancinglah ikan toman... ya Allah
Negara lah cantik budaya lah yang menarik (2x)
ltulah tanda Terengganu lah Darul lman... Ya Allah (2x)
Mak Inang
Ya La Mu Yahayun....
Muyya... La Na Qayyum....
Mu Yahaye Allah Qalu La Bitaya
Ni Ashallilana Lana Ladihama
Bia Duniwa, Allah Niwa Ladunia
Pelenggok
Hai jikalah tuan pergi lah yang ke Dungun (2x)
Hai belikan saya lah tuan bunga kemboja (2x)
Jikalah tuan mati lah dahulu (2x)
Nantikan saya lah di pintu lah syurga (2x)
Mak Inang
Ya La Mu Yahayun.....
Muyya La Na Qayyum...
Mu Yahaye Allah Qalu La Bitaya
15
Ni Ashallilana Lana Ladihama
Bia Duniwa, Allah Niwa Ladunia
Pelenggok
Putik lah pauh (2x) delima batu (2x)
Hai anak lah sembilan amboi lah sayang di tapak tangan (2x)
Duduklah jauh (2x) negeri satu (2x)
Hilang lah di mata amboi lah sayang di hati jangan (2x)
Mak Inang
Ya La Mu Yahayun....
Muyya La Na Qayyum....
Mu Yahaye... Allah Qalu La Bitaya
Ni Ashallilana Lana Ladihama
Bia Duniwa, Allah Niwa Ladunia
Pelenggok
Pada segmen ketiga adalah segmen penutup dan biasanya didendangkan
lagu Anak Ayam oleh pengadi dan disambut oleh pelenggok sebagaimana
berikut :
Anak ayam turun sebelas
Matilah satu tinggal sepuluh
Bagaimana hati tak belas
Menyelak fajar waktulah subuh
Anak ayam turun sepuluh
Matilah satu tinggal sembilan
Menyelak fajar waktulah subuh
Ambillah wudhu lalu sembahyang
Anak ayam turun sembilan
Matilah satu tinggallah lapan
Ambillah wudhu lalu sembahyang
Mintalah doa kepada Tuhan
Anak ayam turunlah lapan
Matilah satu tinggallah tujuh
16
Mintalah doa kepada Tuhan
Minta tertutuplah neraka tujuh
Anak ayam turunlah tujuh
Matilah satu tinggallah enam
Minta tertutuplah neraka tujuh
Minta lepaskan neraka jahanam
Anak ayam turunlah enam
Matilah satu tinggallah lima
Minta lepaskan neraka jahanam
Minta mati dalam agama
Anak ayam turunlah lima
Matilah satu ttinggallah empat
Minta mati dalam agama
Minta tunjuk jalan makrifat
Anak ayam turunlah empat
Matilah satu tinggallah tiga
Minta tunjuk jalan makrifat
Minta terbukalah pintu syurga
Anak ayam turunlah tiga
Matilah satu tinggallah dua
Minta terbukalah pintu syurga
Syurga bernama jannatul makwa
Anak ayam turunlah dua
Matilah satu tinggallah yang satu
Syurga bernama jannatul makwa
Minta terbuka segala pintu
Anak ayam turunlah satu
Satu mati habislah ghaib
Minta terbuka segala pintu
Di situ tempat saya nak balik
17
Persembahan rodat akan diakhiri dengan lagu sebagaimana berikut:
Ya Allah Ya Rahmat
Nabi Kita Nabi Akhir Zaman
Nabi Beranak Malam Isnin
Rabiul Awal Bulan Purnama
PERALATAN
Untuk mengiringi satu-satu persembahan rodat, kumpulan pengadi akan
menggunakan sejenis alat muzik yang dikenali sebagai tar rodat. Bentuk tar
rodat ini seakan-akan rebana hadrah. Namun tar rodat ini lebih kecil sedikit
berbanding dengan rebana. Tar diperbuat daripada sejenis kayu yang dikenali
sebagai kayu leban. Manakala bahagian permukaaan yang dipalu pula
dihasilkan daripada kulit kerbau.
Tar alat muzik dalam persembahan rodat
Kulit kerbau yang digunakan mestilah berusia sekurang-kurangnya tiga tahun.
Kulit kerbau akan diletakkan di permukaan tar dan diikat dengan lilitan
aluminium atau kuprum dan dipaku disekelilingnya menggunakan sejenis
tembaga yang dipanggil kendit.
Di sekeliling bingkai atau baluhnya pula terdapat tiga pasang kepingan
tembaga yang turut menghasilkan bunyi dikenali sebagai kerincing atau
caping. Ukuran lilit bagi sesebuah tar rodat biasanya adalah di antara 25 cm
hingga 30 cm.
18
Untuk menghasilkan bunyi tepukan tar rodat yang baik, sejenis rotan kecil
yang dipanggil sedak akan diletakkan antara tar dan bingkai tar. Bunyi yang
rendah akan dikeluarkan apabila bahagian tengah tar dipalu, manakala bunyi
yang tinggi juga dikenali sebagai gemercing akan terhasil apabila bahagian
tepi tar dipalu. Dalam persembahan rodat, setiap kumpulan muzik rodat
memerlukan sekurang-kurangnya tujuh buah tar rodat yang masing-masing
memainkan pelbagai rentak yang disesuaikan dengan bentuk lagu yang
disampaikan.
PAKAIAN
Di zaman awal kemunculan kumpulan rodat, soal yang berhubungkait dengan
bentuk pakaian para pemain tidak dititikberatkan. Setiap pemain rodat bebas
berpakaian tetapi kebiasaannya kumpulan pelenggok dan pengadi
mengenakan baju melayu sementara mak inang berbaju kebaya.
Namun demikian, perubahan masa turut merubah pandangan dan citarasa
penerus kesenian tersebut. Pakaian telah cuba diseragamkan terhadap
pelenggok, pengadi dan juga mak inang daripada segi bentuk, warna, fabrik
dan corak. Antara lainnya adalah bertujuan untuk menampakkan penonjolan
selain menjadi daya tarikan orang ramai terhadap persembahan itu sendiri.
Bagi pakaian wanita (mak inang), kebiasaannya mengenakan baju kurung
atau baju kebaya. Manakala bentuk pakaian lelaki pula yang terdiri daripada
pelenggok dan pengadi sejak awalnya hinggalah sekarang adalah berbaju
melayu, bersongkok serta dikenakan samping samada kain tenun atau
songket ataupun berbaju batik. Apa yang menjadi perbezaan antara dahulu
dan sekarang adalah hanya daripada segi jenis fabrik yang digunakan.
Kumpulan mak inang tidak mengenakan sebarang penutup kepala tetapi
mengenakan hiasan dan tidak dikhususkan kepada fesyen tertentu.
Kebiasaannya, bagi kelihatan kemas dan menarik, rambut kadang kala
disanggul atau diikat kemudian dihias sederhana.
Namun demikian, jika dilihat daripada pandangan Islam, terdapat sedikit
ketidaksesuaian daripada segi penampilan berpakaian yang dikenakan oleh
kumpulan mak inang dengan mesej yang ingin disampaikan iaitu berbentuk
19
pujian-pujian kepada Allah dan Rasul. Keadaan ini menyebabkan
kebanyakkan kumpulan rodat yang ada pada masa kini berpegang pada corak
persembahan asal yang hanya melibatkan kumpulan pelenggok dan pengadi
sahaja di dalam mengadakan sesuatu persembahan.
Menyentuh mengenai ciri-ciri fabrik yang digunakan pula, kebiasaannya,
setiap kumpulan membuat pilihan fabrik istimewa yang ada dalam pasaran
semasa. Antara yang popular dan sering digunakan adalah seperti kain kasa
berhias benang emas, kain jersey, satin, fabrik berhias (pelbagai corak), fabrik
lembut dan sebagainya.
Kebiasaannya juga, fabrik yang memiliki warna yang menyerlah dijadikan
antara pilihan utama yang berfungsi untuk menarik perhatian penonton. Bagi
sesetengah kumpulan rodat, ada yang menggunakan alat-alat hiasan
tambahan agar kelihatan lebih kemas dan menarik seperti menggunakan sapu
tangan pelbagai wama dan lain-lain hiasan lagi.
Salah satu kumpulan rodat yang masih aktif
PENUTUP
Warisan kesenian rodat telah meniti satu zaman pertumbuhan, perkembangan
serta perubahan yang amat panjang, iaitu lebih daripada satu abad yang lalu.
Ciri-ciri keunikan rodat yang tersendiri sememangnya sukar ditandingi, apatah
lagi jika hendak dibandingkan dengan kesenian moden hari ini. Justeru, tidak
hairanlah jika persembahan rodat masih bertahan serta masih mendapat
tempat di hati segenap lapisan masyarakat khususnya di negeri Terengganu
Darul Iman hingga ke saat ini.
20
Pendedahan seni persembahan rodat kepada generasi baru
Tidak keterlaluan juga jika disimpulkan bahawa rodat boleh kembali
menjenguk zaman gemilangnya seperti dahulu jika ada benih kesedaran oleh
pelbagai pihak terhadap pengisian sebenar kesenian tersebut. Sumbangan
rodat dalam konteks sosial bukanlah kecil, malah ia banyak menjana ke arah
kesempurnaan dalam kehidupan yang juga harus dilihat dan dinilai oleh
semua pihak secara positif.

PBS

ALL ABOUT PBS.............
GILA KEPALA AKU KENE SIAPKAN PBS SEJARAH DENGAN PA MUJUR CIKGU AKU SPORTING DAN AJAR AKU CARA NAK BUAT.;..